Dec 29, 2008

edisi 1430 hijrah

salam maal hijrah. tahun berganti lagi.

takde gmbr nk letak.

sekadar memujuk diri utk lebih bersungguh-sungguh pada tahun yg baru ini.


mak dgn ayah kata
"belajar sungguh2 nanti dah besar hidup senang"

cikgu kata
"belajar sungguh2 jwb periksa betul2 nnti senang nk sambung belajar"

coach pula kata
"pastikan main bersungguh2. kalau x sungguh2 mcm mana nk menang"

ustaz juga kata
"mengaji sungguh2. jgn smpai jd jahil agama"

boss kata pula
"kerja sungguh2. nnti baru senang dpt naik gaji"



itulah kata2 org2 yg berada di sekeliling kita. semua inginkan kita bersungguh-sungguh dalam melakukan setiap perkara.

Apa pula kata pencipta kita?
hadis rasulullah " Orang mukmin yang bertaqwa kepada Allah, mereka bersungguh dalam setiap amalan"

Au Qamakal.

" Sesungguhnya Allah menyukai sesorang yang melakukan pekerjaannya dengan bertekun dan sabar" Riwayat Imam Bukhari

Au Qamakal.


Maka marilah kita lebih bersungguh-sungguh dlm setiap amalan.


Dec 7, 2008

Salam aidil adha


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


jom qurban

Dec 5, 2008

Islam itu indah

salam 'alaikum

"Islam tersebar di korea kerana akhlak umat islam. Ketika perang korea terdapat beberapa tentera yg merupakan warga turki islam. Tika masuk waktu solat, warga turki ini akan membasuh muka,tangan,kepala dan kaki lantas berdiri di dlm satu barisan menghadap arah yg sama. ketika ditanya siapakan kamu. mereka menjawab kami seorg muslim. bila ditanya apa itu islam. maka mereka menerangkan tentang keindahan islam. begitulah islam tersebar di korea."

-petikan khutbah jumaat di masjid sg pinang klang-


Islam cukup indah. kita kembali melihat sejarah. dahulu kala ramai org memeluk islam kerana terpesona dgn akhlak dan peribadi seorg islam. contohnya Rasulullah sendiri. bagaimana seorg yg setiap hari meletakkan najis di depan rmh baginda setiap hari boleh memeluk islam.hanya kerana akhlak rasulullah.

tapi masa kini. ramai org menghina islam kerana penganutnya sendiri. apa yg ditunjukkan tidak sama seperti yg diajarkan. keindahan islam itu tidak dpt dilihat.

sebuah kisah mengenai seorg yg memeluk islam selepas mendalaminya. lantas dia pergi menunaikan haji. ketika menunaikan haji dia melihat berlaku byk kefasadan. dan kata2nya yg ckp mendalam maknanya :

"maha suci Allah yg telah mengenalkan aku kepada islam sebelum aku mengenal penganutnya "

saya teringat sebuah perumpaan yg diberi oleh seseorg.( x igt sape)
"Islam umpama sebuah kereta yg cantik. (eg. ferrari, jaguar, lamborghini etc.) dan penganutnya adalah pemandunya. andai pemandunya seorg yg teruk(pemabuk,x ikut peraturan jln raya, memandu merbahaya) adakah kereta itu akan kekal cantik."

sungguh Islam itu amat indah. tapi kita yg mengotorinya

saat

Kalendar


 

Design by Amanda @ Blogger Buster