Feb 1, 2009

Renungan buat diri

assalamualaikum.
mungkin agak pelik kerana saya mengeluarkan post ini tidak sampai 24 jam selepas post yg sblmnya. mana tidak sblm ini hampir sebulan baru saya mengeluarkan post yg baru.

saya tidak tahu bagaimana mahu mulakan. kisah mengenai seorg muslimah. saya tidak pasti kisah ini betul atau tidak. tapi yg itu tidak penting. yg pentingnya kisah ni byk pengajaran bg saya dan juga mgkn buat semua pembaca. kisah ini saya tulis sendiri dgn gaya sendiri jadi mgkn agak berbeza dgn kisah yg saya baca itu.

ya kisah mengenai seorg muslimah. bkn kisah perempuan biasa yg sering kita jumpa di jalanan di luar sana.
kisah mengenai seorg yg cuba memahami islam lebih mendalam tp penuh dgn halangan.
beliau dibesarkan dan dilahirkan dlm keluarga yg kaya. dipenuhi dgn kemewahan. tp kurg dgn didikan agama. suatu ketika dulu beliau seperti perempuan di luar sana. free hair adalah perkara biasa bgnya suatu masa dahulu. tp kemewahan hidupnya tidak selamanya. ketika di tingkatan 1, ayahnya telah meninggalkan beliau dan keluarga yg lain tanpa sebarang berita. bkn meninggal dunia ek. perkara ini mmg sgt terkesan di hatinya. selama beberapa tahun beliau tidak dpt memaafkan ayahnya. dikatakan juga beliau pernah hampir 3 kali cuba membunuh diri. tp segalanya berubah ketika beliau msk ke tingkatan 4. beliau msk ke sebuah sekolah kalau x silap saya salah sebuah mrsm di negara ini. di sini beliau diperkenalkan dgn keindahan islam, usrah, hijab dan sebagainya. bermula dari situ beliau terus cuba mendalami lg tentang islam. tp segalanya bukan mudah seperti yg disangka. rupanya byk lagi halangan yg mendatang. halangan terbesar adalah dari keluarganya sendiri. beliau penah dipukul, dihalau, ditendang dan mcm2 lg hanya kerana tidak mahu meninggalkan tudung dan juga tidak mahu memakai pakaian yg tidak mengikut syariat islam. perubahan yg beliau lakukan mmg tidak dpt diterima oleh keluarganya. tapi itu tidak pernah mematahkan smgt beliau utk lebih mendalami islam. kini beliau sudah melanjutkan pelajaran di universiti, dan semakin izzah dgn islam. dikatakan beliau sedang cuba utk mengislahkan keluarga beliau juga dan akan mendirikan rumah tangga.

mgkn kisah ini patut dijadikan iktibar buat mrk2 yg pernah bersekolah seperti saya. atau dibesarkan di dlm keluarga yg memahami islam. pernahkah kita bersyukur?? tidak pernah ada halangan dari ibu bapa bahkan digalakkan lg memahami islam dgn dihantar ke sekolah yg penuh dgn tarbiyyah. tp pernahkah kita bersyukur?? buat mrk yg masih di sana, rebutlah peluang yg diberikan sepenuhnya. kita tidak tahu bila lg kita akan dpt peluang seperti itu. bg mrk yg diluar, tetaplah izzah dgn islam.

p/s: bersama2 kita doakan ibunya agar mendapat hidayah Allah. dan jgn salahkan ibunya kerana kejahilannya. Si muslimah menyatakan ibunya sgt2 amazing kerana membesarkan mrk sekeluarga tanpa seorg suami selama hampir 6 tahun.

3 komentar:

rantong said...

Sekadar ingat mengingatkan. Jangan lupa selalu berdoa untuk saudara kita di Palestin. Doa Qunut Nazilah

“Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolongan Mu, kami meminta ampun kepada Mu, kami memohon petunjuk dari Mu, kami beriman kepada Mu, kami berserah kepada Mu dan kami memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuri Mu, kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka kepada Mu.

Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami bersalat dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas, kami mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu kerana azab Mu yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur Ya Allah, Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam. Hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuham, Bantulah saudara-saudara kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan.

Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana, hindarkanlah kami dari segala bala kerana tidak sesiapa yang dapat menghindarkannya melainkan Engkau, ya Allah.”
Sumber: JAKIM
View Profile: Rantong

HiJau said...

mantap badai. fes post 24 jam slps pos sblmnye. huahua.

Anonymous said...

ibunya tabah... harap hati anaknya akan sekuat ibunya... dan hati ibunya Allah lembutkan...

saat

Kalendar


 

Design by Amanda @ Blogger Buster