Aug 21, 2007

Saudara

Assalamualaikum...
percutian bermula lagi...cuba gak nk update blog nih...
erm kali nih mgkn nk tulis pasal ukhuwwah kot..sbb pe..mgkn benda nih rmai org amik x kisah..sbb tu ramai yg x merasakan nikmat dlm berukhuwwah...

" Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu ( yang bertelingkah ) itu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat. "
Q.S Al-Hujuraat : 10

Dalam sebuah hadith yang menerangkan tentang tujuh golongan yang akan mendapat naungan Allah di hari tiada naungan kecuali naungan Allah, Rasulullah menyebutkan salah satu di antaranya adalah,

" Dan dua orang lelaki yang saling mencintai kerana Allah, mereka berkumpul dan berpisah keranaNya. "
HR Bukhari dan Muslim

Khalid bin Shafwan berkata, " Orang yang lemah adalah yang sedikit menjalin persaudaraan. "


" Dan Kami cabut akan apa yang ada di hati mereka dari perasaan hasad dengki sehingga menjadilah mereka bersaudara ( dalam suasana kasih mesra ), serta mereka duduk berhadap-hadapan di atas pelamin masing-masing."
Q.S Al-Hijr : 47

Muhammad bin Munkadir ketika ditanya tentang kenikmatannya dalam kehidupan ini, beliau menjawab, " Ketika bertemu dengan saudara-saudara ( sahabat-sahabat ), dan membahagiakan mereka."

mgkn sikit adab yg boleh dikongsi :
1.Sebarkan salam bila bertemu
2.Berlapang dada
3.Jaga lisan
4.Bersangka-baik
5.Memaafkan kesalahan

sbnrnya x tau nk tulis pe...
tp tulah..mmg susah nk cari sahabat yg...yg apa ek??
seperti kata org ramai..

"kawan ketika bergelak ketawa mmg ramai...tp kawan ketika menangis mmg susah nk cari.."

0 komentar:

saat

Kalendar


 

Design by Amanda @ Blogger Buster